DENGAN NAMA ALLAH
YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA
Apa maksud iman ?
Ramai yang mungkin mengetahui atau buat buat tahu apabila
bercakap mengenai iman . Katanya jawapan bagi iman itu mudah . Membenarkan
dengan hati , mengakui dengan lisan dan mengamalkan dengan perlakuan zahir .
Mudah katanya .
Namun , apa sebenar benarnya maksud iman ? Atau , what is
Iman in the real meaning ?
Nah ! Jawapannya ini .
Sesungguhnya orang orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang
beriman kepada Allah dan RasulNya , kemudian mereka tidak ragu ragu dan mereka
berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah . Mereka itulah orang orang
yang benar .
-Al Hujuraat ayat lima belas-
Ehem . Kenapa tetiba awak cakap pasal ini , penulis ?
Saja .
Kerana kita memerlukannya . Untuk memahami apa sebenar
tujuan kita diciptakan , dihidupkan di atas muka bumi yang maha luas ini .
Bukanlah Allah yang memerlukan kita , manusia yang kerdil ini . Bahkan ,
kitalah yang memerlukan Dia .
Kerana apa kita memerlukan Dia ?
Wahai pembaca .
Kenapa kita tidur ? Kenapa kita makan ? Kenapa kita minum ?
Kenapa kita bekerja dan belajar ?
Nah . Kerana ia fitrah . Fitrah kita sebagai manusia . Insan
.
Jadi , Kerana apa kita memerlukan Dia ? Jawapannya kerana ia fitrah . Fitrah kita
sebagai manusia itu memerlukan Tuhan . Bersikap mahu menyandarkan diri kepada
suatu kuasa yang lebih besar darinya . Kerana manusia itu sedar bahawa dia
hanya manusia yang lemah dan lelah .
Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya dari) Allah , kemudian
apabila kamu ditimpa kesengsaraan , maka kepadaNyalah kamu memohon pertolongan
.
-An Nahl ayat lima puluh tiga-
Oleh itu , sebagaimana kuatnya kita makan , belajar dan
bekerja , salurlah kekuatan itu apabila kita beramal kepadaNya . Bersungguh
sungguh . Kerana Muslim itu sentiasa terbaik dalam urusannya . Kerana kita
diciptakan bukan sia sia .
Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya . Sebenar benar
Tuhan yang Esa . Jadi , janganlah merasa ragu dalam beribadah . Niatkanlah
setiap apa yang kita lakukan hanya keranaNya . Maka , jadilah ia sebagai ibadah
. Hatta , mandi sekalipun .
Every small deed is counted .
No comments:
Post a Comment
Arigatou ^^