Sneaker o.0

Monday, April 21, 2014

INTERVIEW JPA-MARA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA


Ehem.

Agak laju jugakla kan nak update pasal interview ni sebab baru semalam hadap interview, terus hari ni nak post bout this topic. Hehe ;)

So, lets start.

Time orang, ada tiga. JPA, MARA and JPA-MARA. And of course JPA only offer for engineering and sedara dgnnya mcm account and so on. So, MARA ada PILN and PIDN. And this year, PILN ada both IQ test and bleep test (ni test kecergasan rasanya -.-) and PIDN has NO interview! Hohh, seronoknya diorang ..

Dan terakhir, JPA-MARA. This is program kerjasama antara mara and jpa. Kat sini baru JPA offer courses mcm science, dentistry, engineering, medic and others. Dan program ni adalah program overseas.

So bila apply, submit and then tunggulah dlm a few weeks later MARA announce kat website dia bahawa korang ni layak atau tidak untuk go for SAC (Students Assessment Centre). And bila dapat surat panggilan tu, kenalah pergi kat tempat temuduga yang telah ditetapkan. And mine was in KPM Bandar Penawar. Weee.

PERSEDIAAN

Untuk elak daripada nervous sangat, maka kita carilah soalan soalan lazim yg selalu keluar time interview. So, try surf blog blog yg menawarkan tips tips yg berguna untuk add confidence dalam diri anda. Hahaa.

By the way, sila pastikan dokumen dokumen yang perlu dibawa telah dilengkapkan oleh anda seawal mungkin. Supaya nanti takdelah tercicir sana sini kan? Yang mana kena fotostat tu, yang mana kena print tu. Lengkapkan and masukkan dalam fail. Kalau boleh bawak fail lebih nanti. Senang :D

Pastu, kena practice untuk bercakap. Dudukla depan cermin ke mintak kawan dengar ke. Yang pasti berlatih bercakap in English. Ada orang boleh tulis tp tak boleh cakap, ada orang boleh cakap tapi tak boleh tulis in English kan? Haa, don’t forget to make sample answers too! Takut nanti kat sana tetiba blank. Aiyokk =.=

Despite from all, tahap pergantungan diri Allah itu juga yang terpenting sekali! Sebab, jika Dia tidak izinkan kita untuk bercakap, maka kita tidak boleh. Faham? So, kena doa banyak banyak supaya Allah permudahkan urusan kita di sana nanti. Ingatlah Allah dan Allah akan ingat kita. Dan jika nanti kita tidak dapat apa yang kita nak, jangan sedih. Sebab Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk kita. Hohohh.

INTERVIEW 

Kod pakaian mestilah FORMAL kan? Lelaki pakai kemeja and tie. Perempuan pakai baju kurung. Dan sila datang tepat atau 30 minit awal sebelum masa yang ditetapkan supaya nanti tak kelam kabut huru hara jadinya.

Mula mula daftar,kitorang dapat identity number. So, panel tu hnya akan sebut number kita sbg ganti kepada nama kita. Then officer tu suruh serahkan semua dokumen dan sijil sijil yang ada pada kitorang. Then, kami dipecahkan dalam 3 kumpulan. Each group ada 8 orang. So, semua sekali ada berapa? Yes. Tak ramai. 24 orang sahaja and all Malay. Hahaa, seronoknya hati! Then, kitorang semua kena pergi kat bilik bilik yang telah ditetapkan. Ada 3 bilik je bermaksud ada 3 session. Setiap sesi ambil masa dalam satu jam.

SESI PERMAINAN MINDA

What? Yes. We had a game session! Haa, seronoknya. Tapi dia macam IQ games jugakla. Ada 3 soklan. Panel bahagikan kami dalam 2 kumpulan kecil. So ada empat orang dalam satu grup. Dia bagi soklan pertama, berikan masa suruh bincang and 3 minit present. Begitulah seterusnya dan seterusnya sampai habis sesi. And yes dalam BAHASA MELAYU. So, no worries hadek hadekku!

SESI DEBAT ALA PARLIMEN

What? Yes again. Kitorang ada debat olok olok pulak. Dah la dah lama tak debat semua. Macam tadi jugak pecah 2 grup and each one got the role to be government and opposition. Panel bagi satu isu, in a few minutes bincang and the berbahas lah anda! Pastu ada sesi soal jawab antara kumpulan dan inilah masanya untuk kita attack! Yeahh! Then, time nak habis tu panel bagi komen sikit sikit, sentuh pasal isu semasa sekarang ni and so on. And yes, dalam BAHASA MELAYU.

SESI CASE STUDY

And this time is real. Kitorang dok dalam dua kumpulan kecil tu dan diberinya sekeping gambar. Pastu panel suruh bincang pasal gambar tu kuat kuat supaya diorang boleh dengar and nak habis masa, panel suruh bentang. Masa tu panel akan cari point untuk tanya balik soklan kat kita. So please be ready ALL the time. Then, habess dah. And this time is no. we have to speak in ENGLISH. Hehee. 

So, lepas habis tu kitorang masuk balik bilik pendaftaran tu untuk ambil balik sijil sijil kitorang tadi. And balikla lepas tu. Lantak korangla lepas tu nak selfie ke nak tangkap gambar grup ke.

KONKLUSI


Jadi, apa yang kita dapat lihat di sini ialah, pihak panel hnya mahu melihat kita ni boleh cakap ke tak. Habis semua sesi kena cakap spontan je kan? jadi, saya sarankan agar banyak berdoa sebelum, semasa, dan selepas dari interview ini. tunjukkan bahawa hanya Allah yang kita perlukan. Hasbunallah wa ni'mal wakeel. kerana Allah jua yang memegang hati hati manusia. 

berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan kepadamu


Monday, April 7, 2014

DAN SABAR ITU BEAUTIFUL

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG



Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang orang yang khusyuk.
 – Surah Al Baqarah ayat empat puluh lima-

SABAR.

Seperti yang kita tahu sabar itu luas. Sabar boleh jadi dalam apa jua keadaan. Saat kita ditimpa kepayahan, didalam kesenangan, dalam ketaatan beribadah, dan juga di saat kita didalam lingkungan maksiat.

Eh? Macam pelik je?

Ya. Di saat kita ditimpa kesusahan itu , kita dituntut untuk bersabar dan tidak marah terhadap musibah yang menimpa kita. Bersabar untuk redha dengan ujian yang Allah telah berikan kepada kita. Kita juga dituntut untuk berdoa sambil menangis meleleh air mata. Kita cuba untuk bersabar dengan memujuk diri kita bahawa Allah menurunkan ujian ini demi kasih sayangNya. Tanda Tuhan itu masih mengingati kita dan mahu mengampunkan dosa kita. Inilah salah satu bentuk chenta Dia kepada kita. Indah bukan?

Ya. Di saat kita bersenang senang terapung di atas kolam air di belakang rumah, kita juga dituntut untuk bersabar. Bagaimana? Dengan bersyukurlah, kawan! Kata saja muslim itu bersaudara, tapi kita tak mahu merasai apa saudara saudara kita diluar sana itu rasa. Apakah mereka sudah makan? Apakah mereka sekadar berpuasa saja hari ini? Apakah yang mereka pakai saat ini? Adakah mereka sedang menghadiri majlis kenduri kahwin yg menghidangkan kambing bakar? Ataukah rumah mereka yang sdg terbakar? Dan hari ini ahli keluarga siapakah yang harus disolat jenazahkan?

 Sering kita lupa tentang kesenangan yang begitu bernilai ini. Tahu tak cammana nak sabar dgn nikmat?
1.     
 Kita membeli sekadar yang perlu. Bila nafsu meminta, sabar!
2.       Kita memberi apa yang ada di tangan. Bila nafsu menghalang, sabar!

Dan Ya. Di saat kita berada didalam ketaatan beribadah atau kita berada didalam lingkungan maksiat sekalipun dituntut utk bersabar. Yelah. Biasakan diri yang marhaen ni digoda bertubi tubi dengan tentera syaitonnirrojim. Kita sering gagal dalam menunaikan hak Allah setelah berazam dengan bersungguh sungguh. Maka, di saat itu jika kita bersabar maka pahala bagi kita. Then, kadang kadang kita rasa berat nak tolong mak kat dapur, berat nak sidai kain kat belakang rumah but kita kuatkan diri, bersabar dalam menanggung kesukaran ketaatan itu, maka pahala bagi kita. Tak gitu?

Saya petik hadis Rasulullah SAW bersabda: 

Sabar itu ada tiga:

Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap musibah yang menimpanya, sebaliknya menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah mencatatkan baginya yakni mentakdirkan atau menyuruh menulis di Lauh Mahfuz baginya 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di Sorga dan setiap satu darjat antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.

Barangsiapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan menanggung kesukaran taat itu, maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat yg mana antara satu darjat seperti permukaan bumi yang atas hingga ke penghabisan bumi terakhir.

Barangsiapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkankerja maksiat, allah akan mencatatkan baginya 900 darja dengan setiap satu darjat seperti permukaan bumi hingga sampai ke Arasy.
Dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar menjauhisegala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.

Subhanallah!

Kan tidak rugi untuk menjadi seorang yang penyabar?

Kan tidak rugi untuk kita taat kepada Allah?

Maka, jom lakukan perubahan sekarang!


*stand straight with a salute*

Dan Sabar itu Cantik ^_^

Wednesday, April 2, 2014

USIAMU YANG TUA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA


Dan selama ini aku merenung orang tua itu. Dan otakku ligat memutar persoalan. Apakah yang dia mahukan dalam kehidupannya? Setelah bertahun tahun, semasa usianya muda, apakah yang telah dia lakukan dgn menggunakan tenaganya? Aku kenali dia sebagai seorang yang kuat bekerja. Maka wajarlah dia menikmati usia rehatnya senikmatnya. Namun, menjadi persoalanku apakah kita bisa berbaring baring bersenang lenang sedangkan orang yang di luar sana even seusianya masih mampu bangkit berdiri berjalan ke sana ke mari menyeru atas nama kebaikan? Bukankah jalan dakwah itu hujungnya pertemuan dgn Tuhan. Maka, bukankah kita tidak patut berhenti berjalan sebelum sampai ke destinasi?

Lalu aku merenungnya kembali.

Melihatkan diriku di dalam dirinya. Bagaimana nanti aku di usianya? Adakah aku akan terbaring saja di katil? Adakah nanti aku tidak berdaya untuk membuat apa apa utk diriku, apatah lagi untuk ummahku? Adakah nanti aku bias menjalani ibadahku dengan sempurna? Adakah nanti aku masih boleh menziarahi sahabat sahabatku? Adakah nanti aku masih boleh melihat keluargaku?

Allahu.

Ya. Aku masih muda. Kita masih muda. Barangkali yang sedang membaca entri ini juga masih banyak usia yang berbaki. Namun, mati itu juga tidak mengenal mudamu, atau tuamu. Adilkah? Apa yang adil disisiNya ialah amalmu sepanjang usia ini diberikan kepadamu. Jadi, jangan persoal urusan Tuhanmu. Fikirlah urusan akhiratmu dan duniamu dengan apa yang akan kamu bawa. Aku juga sering terpedaya dengan usia ini. Sering aku fikir bahawa esok masih ada untukku.

Dan jalan kemaksiatan itu dipenuhi dengan taburan keseronokan dan syahwat.

Allahummaghfirlana.

Sesungguhnya aku takut. Andai masa terus meninggalkanku, bagaimana aku mahu menandingi yang lain? Andai si malas menjadi sahabatku, bagaimana si bertangguh itu dapat menjadi musuhku? Aku sering meminta andai diriku menjadi kuat, namun adakah aku bersedia untuk merubah diriku? Andai ini perjalanan terakhirku, apakah ada cahaya untukku di perhentian seterusnya?

Aduhai manusia. Inilah kamu. Mengeluh, mengeluh dan terus mengeluh. Engkau mencaci, mengutuk yang lain tetapi dirimu itu belum dicerminkan lagi!


Jangan putus asa dengan rahmat Allah dan bagimu ada KEBAHAGIAAN J

ps: Inche Sobri , nantikan entri kesabaran anda , ya? mohon bersabar ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...