Sneaker o.0

Saturday, April 13, 2013

MAREE :>


INTISARI KHUTBAH JUMAAT (BERSIH JIWA)

12/4/2013

1.    Wahai orang yang beriman ! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa mengikuti langkah-langkah syaitan sesungguhnya dia  (syaitan) akan menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih (daripada perbuatan keji dan mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nur : 21)

2.    Tazkiratul Nafs = satu jalan pembersihan jiwa dari sifat-sifat tercela dan keji (muhasabah diri).
3.    Cara penyucian jiwa :
·         Solat
·         Bertafakur
·         Muhasabah
·         Berpuasa
·         Amar Ma’ruf , Nahi Mungkar


4.    Anggota tubuh kita boleh membawa kea rah kebajikan dan kebaikan.
5.    Namun, jika tidak dijaga dan dipelihara dapat membawa kea rah kebinasaan.
6.    Anggota-anggota itu perlu dijaga dengan baik.
7.    Sekiranya terjaga , akan memberi sumbangan yang bermakna pada proses tazkiratul nafs.
8.    Bersihkanlah hati dengan sentiasa bertaubat kepada Allah.
9.    Taubat
·         Berhenti dan bebaskan diri dari dosa dan maksiat.
·         Menyesal akan perbuatan tersebut.
·         Tidak mengulangi lagi kesalahan.
10.  Walau sibuk dengan urusan dunia, sediakan masa untuk mengingati Allah, memuja Allah, membesarkan Allah dan beribadah padaNya.
11.  Dengan itu, jiwa dan hati menjadi bersih.
12.  Lipat gandakanlah penyucian diri setiap hari.
13  Laksanakanlah ibadah berpuasa dan ibadah-ibadah sunat yang lain.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...