Sneaker o.0

Tuesday, January 21, 2014

#2 RESEPI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA

RESEPI SINGGANG IKAN KEMBONG

BAHAN
Ikan
Halia
Kunyit
Cili api
Bawang putih
Asam keping
Lengkuas 
Garam

CARA CARA :D
1.       Baca basmalah .
2.       Sediakan halia , kunyit , lengkuas dan bawang putih siap dihiris tebal .
3.       Rebus ikan didalam periuk bersama air .
4.       Kemudian campakkan semua hirisan , asam keping dan cili api ke dalam periuk .
5.       Tunggu sehingga mendidih
6.       Masukkan garam sikit .
7.       Tertib .


^_^
Ehem .
Maafla , ya ? Saya ni memang malas na tulis kuantiti bahan . Secukup rasa . Kita fikir , kalau dua ekor ikan takkan na pakai sampai tujuh bawang putih , kan ? Sesungguhnya di dunia ini terdapat tanda tanda kebesaran Allah yang dapat dilihat oleh orang orang yang berfikir ;) Okayy , jadikan memasak ini menambahkan keimanan dan sebagai salah satu ‘charger’ keimanan .


Senyum lebar :DD  


Resepi , Nak Tahu ?

DENGAN NAMA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA

RESEPI IKAN GORENG BERLADA

BAHAN
Lada (lada kering yang dikisar bersama beberapa ulas bawang merah dan putih)
Sos Cili
Asam Jawa
Ikan Kembong
Gula


CARA CARA :D
1.       Baca basmalah .
2.       Goreng ikan kembong dahulu .
3.       Tumis lada sehingga kering sedikit kemudian letak sesudu sos cili bersama asam jawa yg telah direndam bersama air . (asam jawa tuu janganlah masuk skali , ko nak makan biji tu ke hape ?)
4.       Rasa sikit sambal tersebut . tambah sedikit gula jika perlu .
5.       Then , masukkan ikan yg telah digoreng tadi .
6.       Gaul shingga sebati .
7.       Tertib.


^_^
Ehem .
First entry pasal masakan . Hehee . So, masaklah dengan penuh kasih sayang dan kerna Allah . Bukan kerana perut dan nafsu . Berhenti makan sebelum kenyang . dah bunyi Erk , Erk tuhh berhentilahh . Okayy , jadikan memasak ini menambahkan keimanan dan sebagai salah satu ‘charger’ keimanan .


Senyum lebar :DD  


Monday, January 20, 2014

CM : POST MORTEM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA

“Dan Kami tidak mengutus engkau (Muhammad) melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”
-Surah Al Anbiya’ ayat seratus tujuh-

Rasala = Risalah
Rasul = Pembawa Risalah .
Nabi Muhammad SAW pembawa risalah . Risalahnya rahmat sekalian alam . Berbeza dengan Nabi Nabi sebelumnya , risalah mereka hanya terhad kepada kaum yang telah diutuskan kepada mereka . Istimewanya Rasulullah , risalahnya memberi cahaya kepada kita sejak zamannya sehingga hari Kiamat nanti .
Rasulullah juga hadir bagi menyempurnakan akhlak mulia :D Sebagaimana melalui akhlaknya maka tersebarlah Islam .

”Dan sesungguhnya engkau benar benar, berbudi pekerti yang luhur.”
-Surah Al Qalam ayat empat-

Anda tahu ? Selain doa , akhlak yang baik ,, saya ulang , akhlak yang baik berupaya untuk menjadi alat atau senjata yang ampuh untuk berdakwah ! Jadi , modus operandi ini telah digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat sejak berkurun dahulu untuk menyebarkan agama Islam ..

 As they were saying – action speaks louder than words , y’know ..

Akhlak mulia Baginda pasti memikat hati sekalian pemilik hati hati , bukan ? Maka , dengan menyambut Maulidurrasul merupakan salah satu tanda chenta kita . Meski dengan mengulangi zikir zikir dan selawat selawat tampak kecil , bukankah sudah dijanjikan kepada kita dengan ganjaran yang lumayan ? Serta merta kita akan kepingin menjadi pengikut Rasulullah , bukan ?

‘Ehem , penulis . Bukankah kita memang sudah jadi pengikut Baginda ?’

Oh . Anda yakin ?

Terdapat 3 syarat untuk menjadi pengikut Rasulullah .
Pertama – Yang mengharap cuma kepada Allah .
Kedua – Cita citanya untuk mendapat kebaikan di Akhirat .
Ketiga – Memastikan diri ingat kepada Allah pada kadar yang banyak . (sewaktu kamu senang dan susah ^.^)

Jadi , ingatilah Allah , Rabbmu ketika kamu bersamaNya dan ketika kamu bersama makhlukNya . Tahukah kamu ketika Dia menciptakan Adam , telah diciptakan bersama samanya Nur Muhammad .

Okay . Itu baru mukaddimah . 

Erk .

.. Umat Islam harus cemerlang , hari ini mesti lebih baik dari semalaamm ..
-UNIC-

Ya . Seharusnya begitu . Allah menyuruh kita menuju kejayaan sekaligus mencemerlangkan diri . Bagaimana ? Dengan bersungguh sungguh dalam setiap urusannya tetapi dalam masa yang sama tidak lupa dengan kampong Akhirat . Jadi , syarat utama untuk cemerlang mestilah mempunyai ilmu . Dengan adanya ilmu barulah kita dapat membina diri yang hebat seterusnya masyarakat hebat .

Kerosakan sebelanga susu juga disebabkan nila yang setitik , bukan ? Maka , jadilah nila yang bukan merosakkan tetapi meng’hebat’kan manusia sekelilingnya J Ya . Setiap orang peranannya tidak sama . Tetapi kita mempunyai matlamat dan pengakhiran yang sama . Itu istimewanya Islam ini . Apa apa sahaja yang kita lakukan semuanya kembali kepada Allah . Demi keredhaanNya , demi sorgaNya .

Ad Deen An Nasihah . Agama itu Nasihat .

Jadi , padamlah segala prasangka , syak wasangka atau su’udzon di mata hati anda . Umat Islam wajib menjaga tepi kain saudaranya . Kerana saudaranya itu tanggungjawabnya . Yang akan dipersoalkan di Akhirat nanti . Jangan nanti elok elok saja kita selangkah ke sorga , disebabkan fulan ini mengadu pada Allah bahawa kita tidak melarang fulan tersebut dr perbuatan mungkar , maka kita sudah sampai selangkah ke neraka . Na’uzubillah .

Dijadikan kamu terdiri daripada pelbagai bangsa , kaum dan puak agar kamu berkenal kenalan antara satu dengan yang lain , sesungguhnya orangyang mulia dikalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang bertaqwa .
-Al Hujuraat ayat tiga belas-

Hatta .

Mainkan peranan anda . Sekalipun berbeza , ia tetap sama di mata Illahi .


Thursday, January 16, 2014

INI ADA SATU CHERITA

DENGAN NAMA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA


Pada suatu hari , semasa sambutan Maulidurrasul …

***

Masjid Jamek Mersing itu dihiasi dengan khemah khemah putih dan dipenuhi dengan ramai umat Islam yang ingin menyambut Maulidurrasul di situ .
Aku dan keluargaku mula mengambil tempat di bawah salah satu khemah putih itu dan bersiap sedia untuk mendengar alunan qasidah dan ceramah yang akan disampaikan nanti .
Suasana di kawasan tersebut amat meriah tambah tambah dengan kehadiran remaja remaja belia dari pusat PLKN dan GIATMARA . Jap , PLKN ? Bukan Amer (bukan nama sbenar) dapat PLKN dekat mersing ka ? Ada kat sini tak , ya ? Ada kat sini tak , ya ?

Tuut .. Tuut ..

+Terima kasih atas peringatan semalam . Thanks a lot my love <3 o:p="">
-Afwan .Hazda min fadhli robbi .  Sedang dengar ceramah maulidurrasul ni . Ada budaq PLKN la kat sini . Amer ada x , ya ? Sent .

Tuut .. Tuut ..

+Di tv Al Hijrah kah ? inputnya mohon dikongsi kpd insan kerdil ini .. Amer ,, hehe .. ada rezeki jumpa la tuu ..-SAHABAT-
-hurmm , tulahh . Di Masjid Jamek Mersing . Insya Allah akan dikongsi inputnya . Assalamualaikum :D Sent .

“… ada rezeki jumpa la tuu … “

Mungkin .
Jika Allah menetapkan takdir dapat berjumpa dengan sahabat lama hari ini . Ia adalah yang terbaik . Tetapi jika tidak dapat berjumpa pun , bukankah ia juga yang terbaik buatku ? Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui . Allahurobbi .

Dan aku percaya . Kepada dia SAHABAT dan kepada Dia Illahi .

***

“… dan sesungguhnya Rasulullah itu penyempurna bagi akhlak . JIka kita mahu melihat akhlak Rasulullah , maka bacalah Al Quran . Jika mahu mengetahui apa yang dikatakan mengenai Akhlak di dalam Al Quran , pelajarilah peribadi Baginda …”

Jari jemari terus terusan menekan butang butang Nokia Asha itu . Seiring dengan suara penceramah itu yang datangnya jauh dari Port Dickson . Aku laju menaip sehinggalah ..

“Ainul !!”

Aku berpaling ke arah suara itu .

Imaaan !!”

Alhamdulillah , tak sangka dapat jumpa kat sini . Segaknya ! Seronok duduk PLKN ??”

Dia yang sedang di sampingku tersenyum lebar . Pertemuan ini sungguh tidak disangka sangka . Aturan Allah itu sentiasa cantik buatku .

“PLKN ? Biasalah .. Asrama .. Belum panjat panjat lagi . Baru dengan kelas yang agak bosan tu . Aku tatau pun kau ada kat sini . Amer yang cari aku dulu . Dia yang nampak kau . Itu haa , dia .”

Aku berpaling ke arah bertentangan . Seorang remaja berambut nipis akibat dicukur serupa gaya pelajar 
PLKN . Pelajar ka ? Erk . Hehe
Di dalam hati berdesis . Alhamdulillah .

“Eh , ni mak aku . Yang ni adik aku . Yang tu nenek aku .”

Iman lantas bersalaman dengan ahli keluargaku . Kami terus berbual sehinggalah akhirnya dia meminta diri . Lama kami berpelukan . Dia juga berkata bahawa dia rindu pada keluarganya . Sempat aku membisik kata kata semangat untuknya .

Aku kembali menumpukan perhatian terhadap penceramah itu .

***

“… ada rezeki jumpa la tuu … “

Terima kasih SAHABAT . Sungguhpun hanya sepotong ayat , namun telah membuat aku percaya bahawa Allah hanya akan memberi yang terbaik . Allah juga Maha Pemurah . Bukanlah Dia datangkan aku Amer sahaja , tetapi Dia mendatangkan dua orang sahabat lamaku .

 Even it is only a simple advice . But when it falls into the right heart , it can be an enormous speech .

 “.. Aku adalah menurut sangkaan hamba hambaKu ..”

Ini Ada Satu Cherita – Tentang SAHABAT .




Monday, January 13, 2014

RECHARGE ^.^

DENGAN NAMA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA




Apa maksud iman ?
Ramai yang mungkin mengetahui atau buat buat tahu apabila bercakap mengenai iman . Katanya jawapan bagi iman itu mudah . Membenarkan dengan hati , mengakui dengan lisan dan mengamalkan dengan perlakuan zahir . Mudah katanya .
Namun , apa sebenar benarnya maksud iman ? Atau , what is Iman in the real meaning ?
Nah ! Jawapannya ini .  

Sesungguhnya orang orang mukmin yang sebenarnya adalah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya , kemudian mereka tidak ragu ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwanya di jalan Allah . Mereka itulah orang orang yang benar .
-Al Hujuraat ayat lima belas-

Ehem . Kenapa tetiba awak cakap pasal ini , penulis ?
Saja .
Kerana kita memerlukannya . Untuk memahami apa sebenar tujuan kita diciptakan , dihidupkan di atas muka bumi yang maha luas ini . Bukanlah Allah yang memerlukan kita , manusia yang kerdil ini . Bahkan , kitalah yang memerlukan Dia .
Kerana apa kita memerlukan Dia ?
Wahai pembaca .
Kenapa kita tidur ? Kenapa kita makan ? Kenapa kita minum ? Kenapa kita bekerja dan belajar ?
Nah . Kerana ia fitrah . Fitrah kita sebagai manusia . Insan .
Jadi ,  Kerana apa kita memerlukan Dia ?  Jawapannya kerana ia fitrah . Fitrah kita sebagai manusia itu memerlukan Tuhan . Bersikap mahu menyandarkan diri kepada suatu kuasa yang lebih besar darinya . Kerana manusia itu sedar bahawa dia hanya manusia yang lemah dan lelah .

Dan segala nikmat yang ada padamu (datangnya dari) Allah , kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan , maka kepadaNyalah kamu memohon pertolongan .
-An Nahl  ayat lima puluh tiga-
   
Oleh itu , sebagaimana kuatnya kita makan , belajar dan bekerja , salurlah kekuatan itu apabila kita beramal kepadaNya . Bersungguh sungguh . Kerana Muslim itu sentiasa terbaik dalam urusannya . Kerana kita diciptakan bukan sia sia .
Kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya . Sebenar benar Tuhan yang Esa . Jadi , janganlah merasa ragu dalam beribadah . Niatkanlah setiap apa yang kita lakukan hanya keranaNya . Maka , jadilah ia sebagai ibadah . Hatta , mandi sekalipun .


Every small deed is counted . 


Tuesday, January 7, 2014

DIA .

DENGAN NAMA ALLAH YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA

ALLAH , tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , yang tetap hidup , yang kekal selama lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk), yang tidak mengantuk usahkan tidur . Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi . Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisiNya melainkan dengan izinNya . Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka , sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari (kandungan) ilmu Allah , melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadaNya) . Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi , dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua duanya (langit dan bumi) dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
 -Surah Al Baqarah ayat Dua ratus lima puluh lima-

Adamantium .
Tahu ? Ia sejenis logam yang ampuh bersama kembarnya Orihalcorn . Sangat ampuh sehingga dikatakan peluru bentuk atau jenis apapun tidak mampu untuk menembusi kecuali jika anda menggunakan teknik2 yang tertentu . Huh , mungkin hanya dongengan semata . Namun , ambillah ibrah *pengajaran* darinya . Bagaimana boleh menjadi begitu ampuh sekali ? Begitu kebal sekali sekala ? Erk .
Jadi , inilah perkaitan antara Adamanntahapahapa ni dengan ayat super di atas !
Kunci Utamanya ialah akidah .
Ya . Akidah .
Sejauh mana kepercayaan kita dan keyakinan kita terhadap satu satunya Rabb ? Sejauh mana ?
Hurmm , apabila ditimpa kesusahan , anda mula merasakan bahawa Tuhan itu tidak adil . anda cuba untuk menyalahi takdir . Kerana anda rasa anda tidak patut merasa kehilangan . anda mula menyoal dimanakah Tuhan ? Mengapa  Dia sanggup membiarkan anda menanggung keperitan saat itu . Anda mula mengeluh . BERHENTI !
Okay , hold your breath . Easy .
Cuba anda putarkan kembali masa . *bayangan sahaja* Cuba anda lihat , di saat anda sedang bergembira adakah anda mengingat Dia ? Di saat anda sedang bercanda bersama rakan2 dan guru guru adakah anda memikirkan Dia ? Di waktu anda menerima hadiah atau mencapai kejayaan dalam hidup anda , adakah anda bersyukur pada Dia ? Nah ! Itu dia !
Jawapannya pada anda . Di saat anda melalui semua jalan bahagia dan gumbira itu bukankah Dia ada . Bahkan siapa yang memberi nikmat itu ? Bukankah Dia ? Hatta ketika anda di dalam kesusahan atau keperitan sekalipun bukankah Dia ada ? Kerana itu setiap kali kita susah , straight kita ingat Dia . Kerana kita percaya yang Dia ada . Bukan ka ? Ketika kita merasakan kenikmatan yang kita kecapi itu adalah yang terbaik untuk kita , why don’t we do the same untuk kesusahan yang kita punya ? Bukankah ia juga terbaik untuk kita ?
Bukankah Allah akan memberi hanya yang terbaik untuk hambaNya ? Bukankah Dia hanya akan menimpakan ujian jika hambaNya itu MAMPU untuk menghadapi ujian itu ? 
Dan saya yakin anda anda dan juga saya tahu jawapannya . Keutuhan dalam mempercayaiNya itu yang mengukur sedalam mana akidah kita dalam Agama ini .
‘Dia yang tidak mengantuk usahkan tidur…’
Peluang kita . Untuk memohon sbanyak banyaknya kepada Dia .
‘Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka’
Dia mengetahui setiap inci mengenai kita . Jadi apa tunggu lagi ?
:DD

Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Bahawa ayatul Kursi ini ialah penghulu ayat2 Al Quran dan sesiapa yang mengamalkannya terpeliharalah ia daripada bala’ bencana dan daripada gangguan syaitan serta mendapat pahala yang besar .

 -Riwayat Bukhari dan Muslim-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...