DENGAN NAMA ALLAH
YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA
ALLAH , tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia , yang tetap
hidup , yang kekal selama lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk), yang tidak
mengantuk usahkan tidur . Yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi .
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) disisiNya melainkan
dengan izinNya . Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang
ada di belakang mereka , sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari (kandungan)
ilmu Allah , melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadaNya) .
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi , dan
tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara kedua duanya
(langit dan bumi) dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
-Surah Al Baqarah ayat Dua ratus
lima puluh lima-
Adamantium .
Tahu ? Ia sejenis logam yang ampuh bersama kembarnya
Orihalcorn . Sangat ampuh sehingga dikatakan peluru bentuk atau jenis apapun
tidak mampu untuk menembusi kecuali jika anda menggunakan teknik2 yang tertentu
. Huh , mungkin hanya dongengan semata . Namun , ambillah ibrah *pengajaran*
darinya . Bagaimana boleh menjadi begitu ampuh sekali ? Begitu kebal sekali
sekala ? Erk .
Jadi , inilah perkaitan antara Adamanntahapahapa ni dengan
ayat super di atas !
Kunci Utamanya ialah akidah .
Ya . Akidah .
Sejauh mana kepercayaan kita dan keyakinan kita terhadap
satu satunya Rabb ? Sejauh mana ?
Hurmm , apabila ditimpa kesusahan , anda mula merasakan
bahawa Tuhan itu tidak adil . anda cuba untuk menyalahi takdir . Kerana anda
rasa anda tidak patut merasa kehilangan . anda mula menyoal dimanakah Tuhan ?
Mengapa Dia sanggup membiarkan anda
menanggung keperitan saat itu . Anda mula mengeluh . BERHENTI !
Okay , hold your breath . Easy .
Cuba anda putarkan kembali masa . *bayangan sahaja* Cuba
anda lihat , di saat anda sedang bergembira adakah anda mengingat Dia ? Di saat
anda sedang bercanda bersama rakan2 dan guru guru adakah anda memikirkan Dia ?
Di waktu anda menerima hadiah atau mencapai kejayaan dalam hidup anda , adakah
anda bersyukur pada Dia ? Nah ! Itu dia !
Jawapannya pada anda . Di saat anda melalui semua jalan
bahagia dan gumbira itu bukankah Dia ada . Bahkan siapa yang memberi nikmat itu
? Bukankah Dia ? Hatta ketika anda di dalam kesusahan atau keperitan sekalipun
bukankah Dia ada ? Kerana itu setiap kali kita susah , straight kita ingat Dia
. Kerana kita percaya yang Dia ada . Bukan ka ? Ketika kita merasakan
kenikmatan yang kita kecapi itu adalah yang terbaik untuk kita , why don’t we
do the same untuk kesusahan yang kita punya ? Bukankah ia juga terbaik untuk
kita ?
Bukankah Allah akan memberi hanya yang terbaik untuk
hambaNya ? Bukankah Dia hanya akan menimpakan ujian jika hambaNya itu MAMPU untuk
menghadapi ujian itu ?
Dan saya yakin anda anda dan juga saya tahu jawapannya .
Keutuhan dalam mempercayaiNya itu yang mengukur sedalam mana akidah kita dalam
Agama ini .
‘Dia yang tidak
mengantuk usahkan tidur…’
Peluang kita . Untuk memohon sbanyak banyaknya kepada Dia .
‘Yang mengetahui apa
yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka’
Dia mengetahui setiap inci mengenai kita . Jadi apa tunggu
lagi ?
:DD
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Bahawa ayatul Kursi ini ialah penghulu
ayat2 Al Quran dan sesiapa yang mengamalkannya terpeliharalah ia daripada bala’
bencana dan daripada gangguan syaitan serta mendapat pahala yang besar .
-Riwayat Bukhari dan Muslim-
singgah BW. :) nice entry dear
ReplyDeleteSemuanya dari Tuhanku . Datanglah singgah lagi . I'll be pleasure
Delete