DENGAN NAMA ALLAH
YANG BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA
Pada suatu hari , semasa sambutan Maulidurrasul …
***
Masjid Jamek Mersing itu dihiasi dengan khemah khemah putih
dan dipenuhi dengan ramai umat Islam yang ingin menyambut Maulidurrasul di situ
.
Aku dan keluargaku mula mengambil tempat di bawah salah satu
khemah putih itu dan bersiap sedia untuk mendengar alunan qasidah dan ceramah
yang akan disampaikan nanti .
Suasana di kawasan tersebut amat meriah tambah tambah dengan
kehadiran remaja remaja belia dari pusat PLKN dan GIATMARA . Jap , PLKN ? Bukan
Amer (bukan nama sbenar) dapat PLKN dekat mersing ka ? Ada kat sini tak , ya ?
Ada kat sini tak , ya ?
Tuut .. Tuut ..
+Terima kasih atas
peringatan semalam . Thanks a lot my love <3 o:p="">3>
-Afwan .Hazda min
fadhli robbi . Sedang dengar ceramah
maulidurrasul ni . Ada budaq PLKN la kat sini . Amer ada x , ya ? Sent .
Tuut .. Tuut ..
+Di tv Al Hijrah kah ?
inputnya mohon dikongsi kpd insan kerdil ini .. Amer ,, hehe .. ada rezeki
jumpa la tuu ..-SAHABAT-
-hurmm , tulahh . Di
Masjid Jamek Mersing . Insya Allah akan dikongsi inputnya . Assalamualaikum :D Sent
.
“… ada rezeki jumpa la
tuu … “
Mungkin .
Jika Allah menetapkan
takdir dapat berjumpa dengan sahabat lama hari ini . Ia adalah yang terbaik .
Tetapi jika tidak dapat berjumpa pun , bukankah ia juga yang terbaik buatku ?
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang tidak aku ketahui . Allahurobbi
.
Dan aku percaya . Kepada dia SAHABAT dan kepada Dia Illahi .
***
“… dan sesungguhnya
Rasulullah itu penyempurna bagi akhlak . JIka kita mahu melihat akhlak
Rasulullah , maka bacalah Al Quran . Jika mahu mengetahui apa yang dikatakan
mengenai Akhlak di dalam Al Quran , pelajarilah peribadi Baginda …”
Jari jemari terus terusan menekan butang butang Nokia Asha
itu . Seiring dengan suara penceramah itu yang datangnya jauh dari Port Dickson
. Aku laju menaip sehinggalah ..
“Ainul !!”
Aku berpaling ke arah suara itu .
“Imaaan !!”
“Alhamdulillah , tak
sangka dapat jumpa kat sini . Segaknya ! Seronok duduk PLKN ??”
Dia yang sedang di sampingku tersenyum lebar . Pertemuan ini
sungguh tidak disangka sangka . Aturan Allah itu sentiasa cantik buatku .
“PLKN ? Biasalah ..
Asrama .. Belum panjat panjat lagi . Baru dengan kelas yang agak bosan tu . Aku
tatau pun kau ada kat sini . Amer yang cari aku dulu . Dia yang nampak kau .
Itu haa , dia .”
Aku berpaling ke arah bertentangan . Seorang remaja berambut
nipis akibat dicukur serupa gaya pelajar
PLKN . Pelajar ka ? Erk . Hehe
Di dalam hati berdesis . Alhamdulillah
.
“Eh , ni mak aku .
Yang ni adik aku . Yang tu nenek aku .”
Iman lantas bersalaman dengan ahli keluargaku . Kami terus
berbual sehinggalah akhirnya dia meminta diri . Lama kami berpelukan . Dia juga
berkata bahawa dia rindu pada keluarganya . Sempat aku membisik kata kata
semangat untuknya .
Aku kembali menumpukan perhatian terhadap penceramah itu .
***
“… ada rezeki jumpa la
tuu … “
Terima kasih SAHABAT . Sungguhpun hanya sepotong ayat ,
namun telah membuat aku percaya bahawa Allah hanya akan memberi yang terbaik .
Allah juga Maha Pemurah . Bukanlah Dia datangkan aku Amer sahaja , tetapi Dia
mendatangkan dua orang sahabat lamaku .
Even it is only a simple advice . But when it falls into the right
heart , it can be an enormous speech .
“.. Aku adalah menurut sangkaan
hamba hambaKu ..”
Ini Ada Satu Cherita
– Tentang SAHABAT .
No comments:
Post a Comment
Arigatou ^^