DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA
Ehem.
Agak laju jugakla kan nak update pasal interview ni sebab
baru semalam hadap interview, terus hari ni nak post bout this topic. Hehe ;)
So, lets start.
Time orang, ada tiga. JPA, MARA and JPA-MARA. And of course
JPA only offer for engineering and sedara dgnnya mcm account and so on. So,
MARA ada PILN and PIDN. And this year, PILN ada both IQ test and bleep test (ni
test kecergasan rasanya -.-) and PIDN has NO interview! Hohh, seronoknya
diorang ..
Dan terakhir, JPA-MARA. This is program kerjasama antara
mara and jpa. Kat sini baru JPA offer courses mcm science, dentistry,
engineering, medic and others. Dan program ni adalah program overseas.
So bila apply, submit and then tunggulah dlm a few weeks
later MARA announce kat website dia bahawa korang ni layak atau tidak untuk go
for SAC (Students Assessment Centre). And bila dapat surat panggilan tu,
kenalah pergi kat tempat temuduga yang telah ditetapkan. And mine was in KPM
Bandar Penawar. Weee.
PERSEDIAAN
Untuk elak daripada nervous sangat, maka kita carilah soalan
soalan lazim yg selalu keluar time interview. So, try surf blog blog yg
menawarkan tips tips yg berguna untuk add confidence dalam diri anda. Hahaa.
By the way, sila pastikan dokumen dokumen yang perlu dibawa
telah dilengkapkan oleh anda seawal mungkin. Supaya nanti takdelah tercicir
sana sini kan? Yang mana kena fotostat tu, yang mana kena print tu. Lengkapkan
and masukkan dalam fail. Kalau boleh bawak fail lebih nanti. Senang :D
Pastu, kena practice untuk bercakap. Dudukla depan cermin ke
mintak kawan dengar ke. Yang pasti berlatih bercakap in English. Ada orang
boleh tulis tp tak boleh cakap, ada orang boleh cakap tapi tak boleh tulis in
English kan? Haa, don’t forget to make sample answers too! Takut nanti kat sana
tetiba blank. Aiyokk =.=
Despite from all, tahap pergantungan diri Allah itu juga
yang terpenting sekali! Sebab, jika Dia tidak izinkan kita untuk bercakap, maka
kita tidak boleh. Faham? So, kena doa banyak banyak supaya Allah permudahkan
urusan kita di sana nanti. Ingatlah Allah dan Allah akan ingat kita. Dan jika
nanti kita tidak dapat apa yang kita nak, jangan sedih. Sebab Allah sentiasa
tahu apa yang terbaik untuk kita. Hohohh.
INTERVIEW
Kod pakaian mestilah FORMAL kan? Lelaki pakai kemeja and
tie. Perempuan pakai baju kurung. Dan sila datang tepat atau 30 minit awal
sebelum masa yang ditetapkan supaya nanti tak kelam kabut huru hara jadinya.
Mula mula daftar,kitorang dapat identity number. So, panel
tu hnya akan sebut number kita sbg ganti kepada nama kita. Then officer tu
suruh serahkan semua dokumen dan sijil sijil yang ada pada kitorang. Then, kami
dipecahkan dalam 3 kumpulan. Each group ada 8 orang. So, semua sekali ada
berapa? Yes. Tak ramai. 24 orang sahaja and all Malay. Hahaa, seronoknya hati!
Then, kitorang semua kena pergi kat bilik bilik yang telah ditetapkan. Ada 3
bilik je bermaksud ada 3 session. Setiap sesi ambil masa dalam satu jam.
SESI PERMAINAN MINDA
What? Yes. We had a game session! Haa, seronoknya. Tapi dia
macam IQ games jugakla. Ada 3 soklan. Panel bahagikan kami dalam 2 kumpulan
kecil. So ada empat orang dalam satu grup. Dia bagi soklan pertama, berikan
masa suruh bincang and 3 minit present. Begitulah seterusnya dan seterusnya
sampai habis sesi. And yes dalam BAHASA MELAYU. So, no worries hadek hadekku!
SESI DEBAT ALA PARLIMEN
What? Yes again. Kitorang ada debat olok olok pulak. Dah la
dah lama tak debat semua. Macam tadi jugak pecah 2 grup and each one got the
role to be government and opposition. Panel bagi satu isu, in a few minutes
bincang and the berbahas lah anda! Pastu ada sesi soal jawab antara kumpulan
dan inilah masanya untuk kita attack! Yeahh! Then, time nak habis tu panel bagi
komen sikit sikit, sentuh pasal isu semasa sekarang ni and so on. And yes,
dalam BAHASA MELAYU.
SESI CASE STUDY
And this time is real. Kitorang dok dalam dua kumpulan kecil
tu dan diberinya sekeping gambar. Pastu panel suruh bincang pasal gambar tu
kuat kuat supaya diorang boleh dengar and nak habis masa, panel suruh bentang.
Masa tu panel akan cari point untuk tanya balik soklan kat kita. So please be
ready ALL the time. Then, habess dah. And this time is no. we have to speak in
ENGLISH. Hehee.
So, lepas habis tu kitorang masuk balik bilik pendaftaran tu
untuk ambil balik sijil sijil kitorang tadi. And balikla lepas tu. Lantak
korangla lepas tu nak selfie ke nak tangkap gambar grup ke.
KONKLUSI
Jadi, apa yang kita dapat lihat di sini ialah, pihak panel
hnya mahu melihat kita ni boleh cakap ke tak. Habis semua sesi kena cakap
spontan je kan? jadi, saya sarankan agar banyak berdoa sebelum, semasa, dan selepas dari interview ini. tunjukkan bahawa hanya Allah yang kita perlukan. Hasbunallah wa ni'mal wakeel. kerana Allah jua yang memegang hati hati manusia.
berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan kepadamu
Stylo hehehe
ReplyDeleteYes aiman . Merci
ReplyDelete