DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA BERKUASA ATAS SEGALA GALANYA
Dan selama ini aku merenung orang tua itu. Dan otakku ligat
memutar persoalan. Apakah yang dia mahukan dalam kehidupannya? Setelah bertahun
tahun, semasa usianya muda, apakah yang telah dia lakukan dgn menggunakan
tenaganya? Aku kenali dia sebagai seorang yang kuat bekerja. Maka wajarlah dia
menikmati usia rehatnya senikmatnya. Namun, menjadi persoalanku apakah kita
bisa berbaring baring bersenang lenang sedangkan orang yang di luar sana even
seusianya masih mampu bangkit berdiri berjalan ke sana ke mari menyeru atas
nama kebaikan? Bukankah jalan dakwah itu hujungnya pertemuan dgn Tuhan. Maka,
bukankah kita tidak patut berhenti berjalan sebelum sampai ke destinasi?
Lalu aku merenungnya kembali.
Melihatkan diriku di dalam dirinya. Bagaimana nanti aku di
usianya? Adakah aku akan terbaring saja di katil? Adakah nanti aku tidak
berdaya untuk membuat apa apa utk diriku, apatah lagi untuk ummahku? Adakah nanti
aku bias menjalani ibadahku dengan sempurna? Adakah nanti aku masih boleh
menziarahi sahabat sahabatku? Adakah nanti aku masih boleh melihat keluargaku?
Allahu.
Ya. Aku masih muda. Kita masih muda. Barangkali yang sedang
membaca entri ini juga masih banyak usia yang berbaki. Namun, mati itu juga
tidak mengenal mudamu, atau tuamu. Adilkah? Apa yang adil disisiNya ialah
amalmu sepanjang usia ini diberikan kepadamu. Jadi, jangan persoal urusan
Tuhanmu. Fikirlah urusan akhiratmu dan duniamu dengan apa yang akan kamu bawa. Aku
juga sering terpedaya dengan usia ini. Sering aku fikir bahawa esok masih ada
untukku.
Dan jalan kemaksiatan itu dipenuhi dengan taburan keseronokan dan
syahwat.
Allahummaghfirlana.
Sesungguhnya aku takut. Andai masa terus meninggalkanku,
bagaimana aku mahu menandingi yang lain? Andai si malas menjadi sahabatku,
bagaimana si bertangguh itu dapat menjadi musuhku? Aku sering meminta andai
diriku menjadi kuat, namun adakah aku bersedia untuk merubah diriku? Andai ini
perjalanan terakhirku, apakah ada cahaya untukku di perhentian seterusnya?
Aduhai manusia. Inilah kamu. Mengeluh, mengeluh dan terus
mengeluh. Engkau mencaci, mengutuk yang lain tetapi dirimu itu belum
dicerminkan lagi!
Jangan putus asa dengan rahmat Allah dan bagimu ada KEBAHAGIAAN J
ps: Inche Sobri , nantikan entri kesabaran anda , ya? mohon bersabar ;)
No comments:
Post a Comment
Arigatou ^^