DENGAN NAMA ALLAH
YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar
dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat, kecuali bagi orang orang
yang khusyuk.
– Surah Al Baqarah ayat empat
puluh lima-
SABAR.
Seperti yang kita tahu sabar itu luas. Sabar boleh jadi
dalam apa jua keadaan. Saat kita ditimpa kepayahan, didalam kesenangan, dalam
ketaatan beribadah, dan juga di saat kita didalam lingkungan maksiat.
Eh? Macam pelik je?
Ya. Di saat kita ditimpa kesusahan itu , kita dituntut untuk
bersabar dan tidak marah terhadap musibah yang menimpa kita. Bersabar untuk
redha dengan ujian yang Allah telah berikan kepada kita. Kita juga dituntut
untuk berdoa sambil menangis meleleh air mata. Kita cuba untuk bersabar dengan
memujuk diri kita bahawa Allah menurunkan ujian ini demi kasih sayangNya. Tanda
Tuhan itu masih mengingati kita dan mahu mengampunkan dosa kita. Inilah salah
satu bentuk chenta Dia kepada kita. Indah bukan?
Ya. Di saat kita bersenang senang terapung di atas kolam air
di belakang rumah, kita juga dituntut untuk bersabar. Bagaimana? Dengan
bersyukurlah, kawan! Kata saja muslim itu bersaudara, tapi kita tak mahu
merasai apa saudara saudara kita diluar sana itu rasa. Apakah mereka sudah
makan? Apakah mereka sekadar berpuasa saja hari ini? Apakah yang mereka pakai
saat ini? Adakah mereka sedang menghadiri majlis kenduri kahwin yg
menghidangkan kambing bakar? Ataukah rumah mereka yang sdg terbakar? Dan hari
ini ahli keluarga siapakah yang harus disolat jenazahkan?
Sering kita lupa
tentang kesenangan yang begitu bernilai ini. Tahu tak cammana nak sabar dgn
nikmat?
1.
Kita membeli sekadar yang perlu. Bila nafsu
meminta, sabar!
2.
Kita memberi apa yang ada di tangan. Bila nafsu
menghalang, sabar!
Dan Ya. Di saat kita berada didalam ketaatan beribadah atau
kita berada didalam lingkungan maksiat sekalipun dituntut utk bersabar. Yelah.
Biasakan diri yang marhaen ni digoda bertubi tubi dengan tentera
syaitonnirrojim. Kita sering gagal dalam menunaikan hak Allah setelah berazam
dengan bersungguh sungguh. Maka, di saat itu jika kita bersabar maka pahala
bagi kita. Then, kadang kadang kita rasa berat nak tolong mak kat dapur, berat
nak sidai kain kat belakang rumah but kita kuatkan diri, bersabar dalam
menanggung kesukaran ketaatan itu, maka pahala bagi kita. Tak gitu?
Saya petik hadis Rasulullah SAW bersabda:
Sabar itu ada tiga:
Sabar terhadap musibah, yakni sabar dan tidak marah terhadap musibah
yang menimpanya, sebaliknya menerima dengan baik musibah itu. Maka Allah
mencatatkan baginya yakni mentakdirkan atau menyuruh menulis di Lauh Mahfuz
baginya 300 darjat, iaitu darjat tertinggi di Sorga dan setiap satu darjat
antara satu darjat itu seperti langit dan bumi.
Barangsiapa yang bersabar dalam taat yakni mengerjakan taat dan
menanggung kesukaran taat itu, maka Allah akan mencatatkan baginya 600 darjat
yg mana antara satu darjat seperti permukaan bumi yang atas hingga ke
penghabisan bumi terakhir.
Barangsiapa bersabar daripada maksiat, yakni meninggalkankerja maksiat,
allah akan mencatatkan baginya 900 darja dengan setiap satu darjat seperti
permukaan bumi hingga sampai ke Arasy.
Dia adalah makhluk yang paling tinggi darjatnya dua kali ganda. Sabar
menjauhisegala yang diharamkan itu martabatnya paling tinggi.
Subhanallah!
Kan tidak rugi untuk menjadi seorang yang penyabar?
Kan tidak rugi untuk kita taat kepada Allah?
Maka, jom lakukan perubahan sekarang!
*stand straight with a salute*
Dan Sabar itu Cantik ^_^
No comments:
Post a Comment
Arigatou ^^