Wahai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya . Maka masuklah ke dalam golongan hamba hambaKu . Dan masuklah ke dalam syurgaKu . (Al Quran 90:27-30)
Alangkah indah kalam Allah . Sungguh . Lebih indah lagi jika ayat-ayat itu ditujukan kepada kita . Sambil tersenyum , kaki melangkah masuk ke dalam syurgaNya . Senyuman yang terkoyak pasti menggambarkan hati yang turut kembang menerima aluan dari Ilahi . Sungguh indah saat itu sahabat !
Dalam menjadikan kita ini hati yang tenang dan redha serta diredhai oleh Dia pastilah bukan kerja yang mudah . Hatta hendak menahan amarah cuma untuk seketika juga memerlukan kesabaran yang kukuh .
Rome was not built in a day .
Jadi, mulalah bertatih walaupun langkahanmu itu kecil . Langkahan pertama itu juga yang paling penting . Sebagaimana saya juga mahu mula melangkah ke dalam dunia yang jelas masih baru untuk saya . Juga demi melihat waqi'(realiti) ini menjadi waqi’ yang lebih indah untuk Islam .
Moga tulisan tulisan ini diterima sebagai ibadah walaupun hanya secoret kata kata puisi . Saya amat menghargai komen dan kritikan membina dari para musafir yang lain . Kerana permusafiran ini tidaklah lama tapi hanya sebentar . Akhirnya kita akan bertemu juga pada perhentian permusafiran ini .
Mencari Mardhotillah . Jom !
No comments:
Post a Comment
Arigatou ^^