INTISARI KHUTBAH JUMAAT (BERSIH
JIWA)
12/4/2013
1. Wahai
orang yang beriman ! Janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barang siapa
mengikuti langkah-langkah syaitan sesungguhnya dia (syaitan) akan menyuruh mengerjakan perbuatan
yang keji dan mungkar. Kalau bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu
nescaya tidak seorang pun daripada kamu bersih (daripada perbuatan keji dan
mungkar) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang Dia kehendaki. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Surah An-Nur : 21)
2. Tazkiratul Nafs = satu jalan pembersihan
jiwa dari sifat-sifat tercela dan keji (muhasabah diri).
3. Cara penyucian jiwa :
·
Solat
·
Bertafakur
·
Muhasabah
·
Berpuasa
·
Amar Ma’ruf
, Nahi Mungkar
4. Anggota tubuh kita boleh membawa kea rah kebajikan
dan kebaikan.
5. Namun, jika tidak dijaga dan dipelihara dapat
membawa kea rah kebinasaan.
6. Anggota-anggota itu perlu dijaga dengan
baik.
7. Sekiranya terjaga , akan memberi sumbangan
yang bermakna pada proses tazkiratul nafs.
8. Bersihkanlah hati dengan sentiasa bertaubat
kepada Allah.
9. Taubat
·
Berhenti
dan bebaskan diri dari dosa dan maksiat.
·
Menyesal
akan perbuatan tersebut.
·
Tidak mengulangi
lagi kesalahan.
10. Walau sibuk dengan urusan dunia, sediakan
masa untuk mengingati Allah, memuja Allah, membesarkan Allah dan beribadah
padaNya.
11. Dengan itu, jiwa dan hati menjadi bersih.
12. Lipat gandakanlah penyucian diri setiap
hari.
13 Laksanakanlah ibadah berpuasa dan
ibadah-ibadah sunat yang lain.
No comments:
Post a Comment
Arigatou ^^