Sneaker o.0

Saturday, January 17, 2015

B.A.C.A

Pernahkah anda melalui sehari dalam hidup dengan merasakan waktu yang berlalu terasa begitu panjang ?

***

‘Hishh . Kenapalah cikgu-cikgu kat sekolah susah sangat nak faham ?? Dekat sekolah menengah cikgu suruh baca buku , dekat rumah mak ayah pun suruh baca buku . Membaca itu tiada ertinya pada aku ! What’s the big deal anyway ?’

“Aaaarghhhhhhhh !”

Ben menjerit di tengah padang kosong itu . Kedengaran burung-burung terbang keluar dari pohonan dek ketakutan mendengar jeritan Ben tadi . Hari itu bukanlah hari cuti . Namun akibat dari stress yang tidak tertahan , Ben mengambil keputusan untuk melencong ke padang bola tidak jauh dari rumahnya .

Setelah puas menjerit Ben merasa haus . Lalu dia menapakkan kakinya ke kedai runcit di seberang jalan . Tibanya di kedai lantas dia memesan teh o ais bungkus . Ben tidak mahu berlama-lama di situ . Bakal mengundang syak wasangka !

Seusai membayar harga minuman, Ben pun berlalu mencari tempat duduk yang sesuai . Sejahat dirinya dia masih tidak mahu diumpamakan sebagai lembu . Teringatnya akan pesan ibu .

‘Minum tu duduk . Nak jadi kawan lembu ?’

Monday, December 29, 2014

TEGANYA KORUPSI

Dengan Nama Allah yang Berkuasa atas Segalanya

Wahai ayah .

Tahukah anakmu ini semakin membesar ?

Dia ini sedang mengenal dunia .

Ibu kata dunia ini indah .

Dengan bunga bungaan dan pancuran air hujan .

Dari bertatih sehingga dia boleh berjalan .

Semakin dia melangkah semakin dia kenal wajah sebenar dunia tua ini .

Keindahan dunia ini tidaklah seperti yang digambarkan oleh sang ibu . 

Manusia yg membanjiri hamparan dunia ini tidaklah semuanya bermuka malaikat .

Anakmu ini tidak memahami .

Mengapa anak anak muda sewenangnya memperoleh serbuk serbuk khayalan dengan mudah ?

Mengapa bilik bilik bingit bersepahan di bandar bandar ?

Mengapa pengemis pengemis bertaburan di tepian jalan belakang bangunan mewah ?

Bukankah mereka juga manusia ?

Mengapa yang kaya terus menerus menjadi kaya , yang miskin makin bertambah ?

Anakmu menebak benakmu dengan persoalan ini .

Kerana anakmu ini melihat teganya korupsi menganiaya manusia .

Sehingga kemanusiaannya hilang gersang seakan tiada .

Namun di suatu sudut yang lain , aku melihat ayah berlelahan melawan arus kegelapan itu .

Engkau kata janji Tuhan itu pasti bersama orang yang benar .

Dan anak kecilmu ini melihat bahawa harapan itu tidak pernah pudar .

Bagaikan mawar merah kembali mekar .

Wahai sahabat semua , ayuh siapkan kelengkapanmu .

Dengan keikhlasan dan kelengkapan ilmu .

Kerana kau dan aku akan bersama ayah melawan arus itu .

Membentengi manusia dari kejamnya korupsi , agar ummah terbela disisi !

Ainul Zakirah

26 Disember 2014

Johor, Malaysia

WAHAI JIWA YANG TENANG !

Dengan Nama Allah yang Berkuasa atas Segalanya


Wahai jiwa yang tenang ! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya . Maka masuklah ke dalam golongan hamba hambaKu . Dan masuklah ke dalam syurgaKu . (Al Quran 90:27-30)

Alangkah indah kalam Allah . Sungguh . Lebih indah lagi jika ayat-ayat itu ditujukan kepada kita . Sambil tersenyum , kaki melangkah masuk ke dalam syurgaNya . Senyuman yang terkoyak pasti menggambarkan hati yang turut kembang menerima aluan dari Ilahi . Sungguh indah saat itu sahabat !

Dalam menjadikan kita ini hati yang tenang dan redha serta diredhai oleh Dia pastilah bukan kerja yang mudah . Hatta hendak menahan amarah cuma untuk seketika juga memerlukan kesabaran yang kukuh .

Rome was not built in a day . 

Jadi, mulalah bertatih walaupun langkahanmu itu kecil . Langkahan pertama itu juga yang paling penting . Sebagaimana saya juga mahu mula melangkah ke dalam dunia yang jelas masih baru untuk saya . Juga demi melihat waqi'(realiti) ini menjadi waqi’ yang lebih indah untuk Islam .

Moga tulisan tulisan  ini diterima sebagai ibadah walaupun hanya secoret kata kata puisi . Saya amat menghargai komen dan kritikan membina dari para musafir yang lain . Kerana permusafiran ini tidaklah lama tapi hanya sebentar . Akhirnya kita akan bertemu juga pada perhentian permusafiran ini .

Mencari Mardhotillah . Jom !

Wednesday, November 5, 2014

A PIECE OF ADVICE


DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Merasa hidup dalam jahiliyah membuatkan aku tidak mahu kembali lagi ke dalamnya. Amat ngeri. Hidupmu seumpama tiada cahaya. Segalanya tidak terurus. Hatimu kacau. 

Perlakuanmu resah gelisah. Kau umpama hidup dalam bayang-bayang. Sungguh aku tidak mahu kembali ke negeri itu lagi. Kau akan merasakan hubunganmu dengan Dia seperti mencari hubungan internet di dalam hutan di pedalaman Sabah.

Tiada yang memandumu lagi. Selagi kamu terus menghanyutkan diri ke dalam tiduran fatamorgana itu, selagi itu kau tidak akan merasa kehadiran Tuhan. 

Dan hanya engkau, hanya engkau sahaja yang mampu mengeluarkan dirimu daripada kegelapan bayang bayang itu. Jika engkau buka matamu dengan hati, jika engkau buka telingamu dengan hati, jika engkau memandu langkahan kakimu dengan hati, maka keluarlah engkau dari negeri itu. 

Hanya selepas kamu dapat menguasai hatimu juga nafsumu. Jangan risau. Aku juga alami saat ini. Ia amatlah sukar. Untuk keluar sangat sukar namun untuk kembali ke negeri itu lagi, amat senang. 

Waspadalah. 

Dekatilah orang yang berilmu dalam kalanganmu. Dekatilah orang yang beriman dalam kalanganmu. Kerana mereka mungkin dapat memberi sedikit wangian mereka kepadamu. 

Supaya dapat memandumu keluar. Menunjuk kepadamu jalan dari cahaya Dia. Kerana ternyata Dia masih sayangkan aku. Kerana kasih Dia melebihi luasnya lautan dan galaksi. 

Aku berasa hina. Aku ternyata berani untuk melakukan maksiat sedangkan dia sentiasa bersamaku. Dalam diam aku seperti mencabar Dia. Aku tidak sedar akan perkara ini sampai aku di hujung perjalanan dalam kegelapan itu. 

Kerana disaat itu aku terfikir yang aku tidak mahu menjadi manusia yang menemui batas waktunya pada jam ke-11 sebelum sempat dia bertaubat. 

*** 

Heh. Aku bukan orang yang tinggi ilmu agama. Namun kata kata ini dari manusia yg punya sedikit pengalaman dari hidupnya yang dahulu. Jika mahu, ambillah yang baik dariku. Jika tidak mahu, biarkan sahaja. 

***  

Hmm dah lama tak hapdet belog ni. Nak hilangkan sarang labah labah dalam sarang talian ini. Sorry bahasa lain macam sikit. Ikut mood ;)


Thursday, July 17, 2014

PENTINGNYA KAU TAHU KENAPA

Kenapa kena merasa ikhlas dalam amalan ? Apa pentingnya istiqamah dalam ibadah ? Apa perlunya dakwah dan tarbiyah dalam kehidupan seharian ? Kenapa kena pergi usrah ? Kenapa kena jaga aurat ? Kenapa kena jaga ikhtilat ? Kenapa kena solat jemaah ? Kenapa aku tak couple sampai sekarang ? Erk .

Sememangnya dari kecil parents kita sudah membiasakan diri kita supaya solat lima waktu, puasa, bersedekah, hormat orang tua dan yg seangkatan dengannya. Namun, apakah kita ketika itu terfikir untuk bertanya mengapa ?

Oh . Ni bukan protes ya ? Tetapi sebagai penimbulan persoalan . Untuk kita lebih faham dan lebih menghayati akan tujuan sebenar mengapa kita perlu semua ibadah yg Allah suruh .

Mari kita lihat .

Reverted Muslims yg berada di luar sana itu . Perasan tak kita mereka lebih eager untuk berdakwah kepada masyarakat yang jahil akan keindahan sebenar Islam itu sendiri . Persoalannya mengapa ?

Kerana mereka ini bukan lahirnya di dunia terus dibintikan Muhammad, Ali atau Abu . Kerana mereka ini bukan Islam semenjak keturunan . Kerana mereka ini faham Islam sebelum mereka Muslim lagi .

Jadi anda nampak tak patternnya disitu ?

Mereka yg faham itu, akan lebih menghargai Islam itu sendiri . Kerana mereka tahu dan faham .

Jadi adalah penting untuk kita tahu mengapa kita perlu menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah dan abdullah di bumi nan indah ini . Cehh .

Supaya apa ?

Supaya nanti bila ditanya, kita tahu apa yang perlu kita jawab . Macam soalan algebraic division . Andai kita tidak faham konsep dan cara kerja , kita takkan tahu cara nak jawab dan kita takkan tahu bahawa algebraic division itu sebenarnya peanut je . Cehh .

Jadi teruslah bertanya mengapa kepada diri . Jangan sekadar taqlid . Bertanya mengapa untuk memahami dan cuba untuk mencintai .
Zakirahumaira

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...